Dunia
Advertisements

Tindakan kurang matang Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Damien Yeo Shen Li memberi amaran kepada Shukor Adan di laman facebook peribadinya, dikecam hebat penyokong bolasepak tempatan dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Melaka United sendiri.

Malah, ia turut mendapat perhatian bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Takzim (JDT) yang terpanggil untuk memberikan teguran kepada Damian Yeo.

Tunku Ismail dalam Instastory baginda, memuatnaik gambar menunjukkan isyarat tutup mulut merujuk kepada kenyataan Damian Yeo yang berbunyi, “Shukor Adan, jika awak bermain dengan api maka saya akan membalasnya dengan api” seterusnya menambah kapsyen “Shhh, bertenang dan selesaikan sahaja bayaran Shukor Adan.”

Advertisements
IG 2 "Diam Dan Bayar Sahaja Gajinya." Ringkas Dan Padu Teguran TMJ

Damian Yeo dipercayai memberi amaran sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan Shukor Adan membawa isu tunggakan gaji ke pengetahuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Malah dalam satu tangkap layar (screen-shot) perbualan whatsapp yang tular di media sosial, Damian Yeo menyatakan, “Jangan ugut persatuan, dia belum tahu siapa saya lagi. Saya akan bayar (tunggakan) semua pemain, dan dia (Shukor) punya aku bakar duit dia.”

Sebelum ini, Shukor Adan yang merupakan kapten pasukan Melaka United 2019 telah membuat keputusan menyerahkan afidavit tuntutan hak gaji dan bonus bagi musim 2019 kepada FAM melalui Persatuan Pemain Professional Malaysia (PFAM) berikutan MUSA tidak melunaskan bayaran tunggakan dalam tempoh ditetapkan, malah sekadar memberi alasan demi alasan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram