Diogo Hangatkan Kepulangan Ke Thailand
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo bakal kembali perkuat Harimau Selatan di Thailand dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Pemain kelahiran Brazil itu merupakan antara bintang paling menyerlah di Thailand ketika beraksi beberapa musim bersama BG Pathum.

Beliau bagaimanapun bakal menghangatkan saingan ACL musim ini apabila JDT diundi dalam Kumpulan l bersama Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan BG Pathum.

Advertisements

Diogo ketika ini masih dalam proses pemulihan selepas dilanda kecederaan yang menyebabkan beliau diketepikan seketika.

Pemain berusia 36 tahun ini dijangka sempat untuk pulih menjelang sepak mula di ACL.

Advertisements

Kepulangan bekas penyerang Santos pada musim ini jelas membantu pasukan kendalian Tano Solari ketika kecederaan Bergson pada awal musim.

Pada musim ini, beliau telah menjaringkan 7 gol dan merekodkan 4 bantuan gol dalam 9 aksi Liga Super.

Advertisements

Kecemerlangan dan pengalamannya sudah pasti ditagih dengan gabungan jentera serangan JDT yang kini memiliki beberapa pilihan seperti Bergson, Heberty, Takahiro Kunimoto selain kepulangan beliau menambah sengat pasukan.

Diogo sudah pun menjaringkan 13 gol dalam saingan ACL sejak kali pertama beraksi buat Buriram United di pentas berprestij tersebut.

Advertisements

JDT bakal memulakan saingan ACL pada 19 September berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim.

Pada musim lalu, impak beliau telah membawa BG Pathum mara hingga ke suku akhir ACL 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram