Dion Cools Dijangka Diturunkan Rabu Ini Menentang Motorlet
Dunia
FK Jablonec
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools dijangka diturunkan seawal Rabu ini bersama kelab barunya, Jablonec dalam perlawanan pusingan ke-2 Piala Czech menentang FK Motorlet Prague (Motorlet).

Menerusi pengumuman rasmi di laman media sosial Jablonec, pemain berumur 26 tahun ini bakal beraksi untuk perlawanan Piala Czech menentang Motorlet.

“Dion Cools, bekas pemain FC Midtjylland dan Club Brugge telah menandatangani kontrak untuk Jablonec. Wakil skuad belia Belgium dan pemain semasa pasukan kebangsaan Malaysia ini akan hadir (beraksi) untuk perlawanan piala Rabu ini!

Advertisements

Motorlet yang kini beraksi di devisyen ke-3 liga Czech bakal menjadi ujian pertama Dion Cools yang sebelum ini bergelut merebut kesebelasan utama bersama kelabnya sebelum ini, FC Midtjylland di Denmark.

Jablonec kini beraksi di liga utama Czech, Fortuna Liga dan kini berada di kedudukan ke-13 daripada 16 pasukan bertanding selepas 8 perlawanan.

Tersenarai Mewakili Malaysia Di King’s Cup

Menerusi pengumuman senarai akhir 25 pemain untuk King’s Cup Thailand, Dion Cools turut dipanggil Kim Pan-gon wakili negara yang dijadualkan bertemu Thailand pada 22 September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram