Advertisement
Dion Cools Dilayangkan Kad Kuning Kerana Kesalahan Pelik Ini
Asia Tenggara
MakanBola
AIS Play

Pertahanan Buriram United, Dion Johan Cools telah dilayangkan kad kuning dalam aksi separuh akhir Piala FA Thailand hari ini.

Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan Buriram United dan Port FC itu dilangsungkan di Stadium Mitr Phol. Dion Cools diberi kepercyaan oleh pengendali Buriram untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan.

Kapten Harimau Malaya itu digandingkan bersama ketua pasukan kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan bersama Sulaka dan Narubadin Weerawatnodom untuk mengawal benteng pertahanan Buriram United.

Pada minit ke-21 permainan, Dion Cools membawa masuk botol air ke dalam padang ketika perlawanan sedang berjalan. Tindakan pelik pemain berusia 26 tahun itu telah dikesan pengadil dan pengadil perlawanan melayangkan kad kuning buat Cools.

Tindakan Cools tersebut mendapat perhatian semua penyokong yang berada di stadium. Beliau juga berjaya mencuit hati pengulas perlawanan yang juga tergelak melihat kesalahan Cools.

Kekebalan Cools di posisi pertahanan telah membantu Buriram United mencatat kemenangan bergaya keatas Port FC. Pemain kacukan Malaysia/Belgium ini beraksi dengan cukup baik sepanjang 90 minit permainan.

Buriram layak ke pusingan akhir Piala FA setelah menumbangkan Port FC, 2-0.