Ini Sebab Dion Cools Tampil Selesa Sebagai Pertahanan Tengah Harimau Malaya
Dunia
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mengakui bahawa beliau sangat selesa untuk memainkan peranan selaku pertahanan tengah bersama pasukan kebangsaan.

Bekas bintang muda Club Brugge itu kini menjadi tonggak penting untuk mengemudi barisan pertahanan dari bahagian bawah menerusi kualiti dan ketenangan yang dimilikinya.

Advertisements

Sungguhpun telah beraksi sebagai pertahanan tengah bermula pada zaman Tan Cheng Hoe lagi, namun beliau kini kelihatan lebih yakin untuk tampil pada posisi tersebut.

Malah, beliau turut beraksi dalam kedua-dua perlawanan persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong selain Malaysia berjaya untuk tidak bolos sebarang gol.

Advertisements

Dalam satu temubual, pemain berusia 25 tahun ini mengakui aksi pada Kelayakan Piala Asia ini sungguh istimewa buat dirinya sebagai salah satu hadiah hari lahir terbaik.

Cools juga mengakui kini tampil lebih selesa kerana hadir lebih awal untuk menjalani aesi latihan pusat.

Advertisements

“Ia sangat bagus untuk datang tepat pada masanya.”

“Anda boleh lihat segalanya berjalan dengan lancar setakat ini di atas padang.”

Advertisements

Pemain bintang FC Mitdjylland ini juga menjelaskan, peranan dan sistem kejurulatihan oleh Kim Pan-gon telah membantu beliau untuk beraksi dengan lebih baik selaku pertahanan tengah.

“Saya boleh bermain pada banyak posisi sama ada pertahanan dan juga pemain tengah.”

Advertisements

“Akan tetapi saya telah diberikan banyak tunjuk ajar untuk bermain di belakang terutamanya ketika berada sebagai pertahanan tengah,” jelasnya dari satu sedutan video oleh The Armchair.

Beliau juga yakin dengan peranan baharunya ini dapat membantu untuk menguatkan lagi jentera pertahanan pasukan menjelang Kelayakan Piala Asia tidak lama lagi.

Advertisements

News Comments Account