Harimau Malaya

Doa Safawi Rasid Buat Jurulatih Baharu Harimau Malaya

Safawi Malaysia NT 5 Doa Safawi Rasid Buat Jurulatih Baharu Harimau Malaya
Malaysia NT

Pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid berharap sentuhan jurulatih baharu Harimau Malaya dapat membawa pasukan lebih jauh untuk tahun 2027.

Advertisement

Harapan itu dizahirkan pemain sayap Kuching City FC itu apabila ditanya tentang harapan beliau berhubung mana-mana calon yang akan mengisi kerusi panas itu.

Safawi percaya sentuhan jurulatih baharu cukup penting bagi membantu Harimau Malaya tampil lebih cemerlang pada tahun hadapan. Ini ditambah dengan tahun 2027 merupakan permulaan kempen kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2032.

“(Buat jurulatih baharu), selamat berjaya dan lakukan yang terbaik. Dan buat pasukan lebih kuat untuk mana-mana pemain yang terima panggilan untuk membuatkan pasukan boleh pergi jauh,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Safawi turut menegaskan bahawa beliau sedia menyahut panggilan kem negara sekiranya khidmatnya diperlukan. Ini kerana bagi setiap pemain, menyarung jersi Harimau Malaya ialah satu penghormatan.

“Macam saya cakap di media sosial, hitam kuning kebanggaan saya tak kira apa pun. Sebab saya tak pernah tolak atau apa-apa melibatkan skuad kebangsaan. Jadi untuk panggilan kem seterusnya, sudah tentu saya nak,” ujarnya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengumumkan jurulatih baharu yang akan mengisi kerusi panas Harimau Malaya pada 24 November ini.

Bekas jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak antara calon jurulatih yang disebut-sebut sebagai pengganti tetap jurulatih sebelumnya dari Australia, Peter Cklamovski.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...