Harimau Malaya

Bekas Pemain Kebangsaan Puji Impak Besar Richard Chin

Richard Yemen Malaysia Malaysia NT Bekas Pemain Kebangsaan Puji Impak Besar Richard Chin
Malaysia NT

Dua bekas tonggak Harimau Malaya, Azmin Azram Abdul Aziz dan Nidzam Jamil memuji impak besar penyudah yang ditampilkan Richard Chin dalam aksi menentang Yemen.

Advertisement

Nama pemain sayap Ross County itu menjadi bualan peminat Malaysia apabila membantu skuad kebangsaan menewaskan Yemen 2-1. Richard turut meledakkan dua gol dalam aksi sama.

Kualiti penyudah yang dimiliki beliau menarik perhatian Nidzam. Ini kerana pada hematnya, kualiti itu biasanya dimiliki oleh penyerang tulen dan bukan pemain sayap seperti Richard.

Nidzam percaya perkara ini berlaku disebabkan oleh naluri atau latihan berterusan yang diharungi Richard baik di peringkat kelab mahupun bersama skuad kebangsaan.

“(Kualiti penyudah) itu naluri. Tetapi mungkin disebabkan latihan yang berulang kali. Berulang kali ketika latihan, yang dia menghidu (peluang menjaringkan gol) dan ketajaman cara dia berfikir.

“Bagaimana dia melihat rutin yang sentiasa berlaku ketika latihan. Mungkin disebabkan cara dia berfikir sedikit berlainan dan dia dapat menghidu peluang-peluang macam itu,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Pandangan Nidzam turut dipersetujui Azmin. Beliau yang pernah memikul tugas sebagai jurulatih penjaga gol Harimau Malaya percaya Richard sentiasa mencari peluang menjaringkan gol terutama jika ada percubaan susulan.

“Kalau kita lihat, saya sebagai jurulatih pun selalu cakap apabila penjaga gol menyelamatkan bola, kita akan kata, ‘Berhati-hati dengan percubaan susulan’.

“Mungkin yang itu kerap kali peringatan yang dah selalu masuk, ini yang mana berlaku kepada Richard Chin sendiri. Yang mana dia menunggu percubaan susulan atau apa-apa kesalahan dalam kotak, apa saja boleh berlaku. Itu yang berlaku,” tambahnya.

Hal ini turut disokong dengan statistik Richard bersama The Staggies musim ini. Beliau sudah merekodkan sembilan gol dalam 25 penampilan semua kejohanan.

Ini termasuk gol yang dijaringkan ketika menentang Cove Rangers baru-baru ini. Lebih menarik, meskipun Richard hanya masuk sebagai pemain gantian, beliau hanya memerlukan 15 minit untuk merobek gawang pelawat.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...