Dominic Puji Perubahan Mentaliti Pemain Di Bawah Kim Pan-gon

dominic Dominic Puji Perubahan Mentaliti Pemain Di Bawah Kim Pan-gon
Foto: famalaysia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan merasakan perubahan yang dibawa oleh Kim Pan-gon mengenai mentaliti pemain memang luar biasa. 

Pemain kacukan Singapura-Malaysia mengakui banyak perubahan yang baru yang dilakukan terutamanya dalam menanam mentaliti untuk menang kepada setiap pemain antara perkara yang positif diterapkan oleh Kim Pan-gon. 

Advertisements

“Sejujurnya saya rasa dia (Kim Pan-gon) percaya pada kami. Semua orang mengatakan perkara yang baik atau buruk tentang Harimau Malaya.

 “Adalah bagus untuk mempunyai pemahaman seperti itu. Ia membuatkan semua orang berasa mereka adalah sebahagian daripada pasukan.

Advertisements

Jelas Dominic, Pan-gon sangat memahami setiap pemain menjadikan hubungan jurulatih bersama pemain sangat akrab. 

“Kami mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain, dan kami bekerja keras untuk mendapatkan hasilnya,” kata Dominic dipetik daripda New Straits Times.

Advertisements

Pemain berusia 25 tahun itu turut menganggap Harimau Malaya mempunyai skuad yang ampuh dari segi pemain utama mahupun pemain simpanan.

Beliau yakin kelebihan yang ada pada setiap pemain dapat diterjemahkan pada aksi kelayakan Piala Asia nanti. 

Advertisements

 “Saya rasa kami mempunyai skuad yang mantap dengan kedalaman. Namun, kami masih perlu membuktikannya di atas padang pada aksi kelayakan Piala Asia.

 “Kami akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan.

Advertisements

Pasukan kebanggsaan akan memulakan perlawanan pertama dalam peringkat kelayakan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun ini di Stadium Bukit Jalil.