Dominic Tan Tandatangan Kontrak Lanjutan Dalam Kapal Terbang
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Tonggak pertahanan kebangsaan, Dominic Tan sah telah melanjutankan kontrak dengan Sabah FC sebentar tadi. Beliau sekaligus menjadi pemain pertama yang menandatangani kontrak tersebut di dalam kapal terbang.

Urusan itu turut disaksikan oleh CEO baru Sabah FC, Marzuki Nasir. Perkara ini telah dikongsikan wartawan Zulhelmi Zainal di dalam laman sosial Twiiter miliknya.

Beliau yang diberi kepercayaaan jurulatih negara Kim Pan-gon sebagai penjaga kubu skuad Harimau Malaya itu memainkan peranan penting baginya untuk beraksi dengan lebih cemerlang biarpun tanpa kehadiran Dion Cools.

Advertisements

Dominic juga merupakan antara pemain yang berpengalaman di dalam pasukan negara dan ini penting bagi memacu dan memperkuatkan lagi pertahanan Sabah musim hadapan.

Khidmat beliau dijangka akan terus ditagih jurulatih negara Kim Pan-gon bagi menentang Laos dalam perlawanan Piala AFF 2022 Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram