Dr. Johan Dakwa Selangor Tak Pernah Terima Bantuan Luar
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menyatakan bahawa pasukan Selangor FC sebelum ini tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada pasukan lain.

Johan Kamal tampil di laman Twitternya hari ini menjelaskan bahawa sejak kehadiran Tunku Amir Shah yang mula menerajui Selangor pada Julai 2018, Selangor FC tidak pernah menerima dana daripada pesaing-pesaing Liga M.

“Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa di bawah kepimpinan Tunku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.”

Advertisements

Menurut Johan, Selangor FC menyuntik dana pasukan hasil daripada tajaan penaja rasmi serta keuntungan daripada aktiviti pengkomersialan yang dibuat pasukan.

“Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkomersialan sahaja,” ciap Johan seperti yang dipetik BH Sukan.

Beberapa hari lepas, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris ada menyatakan bahawa baginda pernah membantu banyak pasukan dalam saingan Liga Super yang mempunyai masalah kewangan.

Advertisements

Tunku Ismail pada kelmarin menyatakan bahawa baginda pernah membantu lima pasukan termasuk Selangor, Kelantan, Perak, Penang dan Melaka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram