Advertising
Dr. Zulkifli Kecam Tindakan Simbah Asid, Doakan Faisal Halim Kembali Pulih
MakanBola
Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri/Selangor FC

Tragedi yang menimpa pemain bola sepak Malaysia, Faisal Halim turut mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al Bakri.

Dr. Zulkifli yang merupakan bekas senator Dewan Negara mengucapkan salam takziah buat tonggak utama pasukan Selangor FC itu di atas kejadian ngeri yang dialami pada Ahad lalu.

Ad

Menerusi hantaran di media sosial rasmi Dr. Zulkifli, beliau meluahkan rasa terkejutnya apabila mendapat perkhabaran sedih ini yang melibatkan seorang wira negara dalam sukan bola sepak.

Ad

Dr Zulkifli turut mengutuk tindakan kejam pelaku tersebut dan mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendoakan semoga Faisal terus kuat untuk kembali sembuh dan kuat seperti sedia kala.

“Saya tersentak apabila mendapat berita bahawa Saudara Faisal Halim telah ditimpa musibah ujian yang berat kelmarin,” tulis Dr. Zulkifli di akaun media sosial beliau.

Ad

“Tindakan tidak berperikemanusiaan, melampau dan tidak beradab dengan menyimbah asid itu tidak patut dibiarkan berulang lagi, walau apa pun alasan yang diberkan,” ujar beliau lagi.

Ad

“Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia, bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan serta mengirimkan kata-kata semangat but beliau. Perjuangan beliau untuk terus berbakti mengharumkan nama pasukan Harimau Malaya mash panjang.”

Ad

Sebagai bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli sempat menitipkan pesan buat pemain berusia 26 tahun itu untuk kekal tabah, reda dan yakin segala yang terjadi ini pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Kepada Saudara Faisal, setiap apa yang berlaku telah ditentukan dalam takdir-Nya. Saya yakin, ada hikmah yang tersembunyi selama kita bersabar, muhasabah dan redha dengan apa yang berlaku, insyaAllah. Saya sayang anda semata-mata kerana Allah,” pesan Dr. Zulkifli.

Insiden hitam yang menimpa Faisal Halim pada Ahad lalu telah menggemparkan negara dan perkembangan terkini memaklumkan bahawa pemain Selangor FC ini bakal menjalani prosedur implan kulit dalam masa terdekat.

Manakala, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengesahkan bahawa cap jari suspek yang terlibat dalam kejadian telah dijumpai sewaktu siasatan dijalankan sebelum ini.