Advertising
Dua Jurulatih Selangor Calon Jurulatih Terbaik ABK
MakanBola
Selangor FC

Dua pengendali Selangor FC tersenarai sebagai calon Jurulatih Terbaik untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25).

Dua jurulatih tersebut ialah pengendali skuad senior, Katsuhito Kinoshi dan jurulatih skuad Piala MFL, Abdi Hassan.

Ad

Kinoshi dan Abdi bakal bersaing dengan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio, Badrul Afzan Razali (Terengganu FC), Miroslav Kuljanac (KL City FC) dan Yusri Che Lah (Perak FC).

Ad

Turut tersenarai sebagai calon anugerah sama ialah P. Maniam (PDRM FC), Aidil Sharin Sahak (Kuching City FC), Victor Andrag (Kedah Darul Aman FC (KDA FC)) dan Fandi Ahmad (Sri Pahang FC).

Kinoshi tersenarai bukan saja kerana berjaya membimbing The Red Giants meraih kejuaraan MFL Challenge Cup.

Ad

Malah, jurulatih Jepun berusia 60 tahun itu membantu Selangor kekal tanpa kalah dalam 15 perlawanan semua kejohanan termasuk Liga Super.

Ad

Abdi pula bertanggungjawab membentuk skuad Selangor Bawah 23 Tahun (B-23) yang memberi cabaran hebat dalam saingan Piala MFL.

Ad

Selangor ketika ini berentap dengan JDT II untuk tampuk pendahulu Piala MFL. Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan satu mata selepas masing-masing mengumpul 49 dan 50 mata.

Seandainya Kinoshi atau Abdi dipilih sebagai pemenang Jurulatih Terbaik, mereka mengikut jejak bekas pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe. Ini kerana beliau merupakan pemenang kategori tersebut untuk ABK23.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments