Ads
Dunia
ASEAN Football

Selepas Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam dan Witan Sulaeman, seorang lagi pemain muda Indonesia bakal berkelana ke luar negara. Pemain yang dimaksudkan ialah Marselino Ferdinan dengan khidmatnya dikatakan diintai oleh dua kelab Belgium.

Advertisements

Malah, perlawanan Liga 1 membabitkan pasukannya, Persebaya Surabaya dengan Bhayangkara hari ini dikhabarkan merupakan perlawanan terakhir Marselino sebelum berangkat ke Belgium.

Advertisements

Bagaimanapun, menurut ejennya, Dusan Bogdanovic, buat masa ini cerita tersebut bersifat khabar angin dengan pemain berusia 18 tahun itu komited dengan Persebaya.

Advertisements

Advertisements

“Dia (Marselino Ferdinan) pemain Persebaya. Perlu disahkan dengan mereka (pengurusan Persebaya) tentang itu (dia bertolak ke Belgium).

“Yang saya tahu, dia masih lagi terikat dengan kontrak dan hari ini juga (perlawanan Persebaya-Bhayangkara) main,” katanya.

Advertisements

Ketika ini, Marselino masih mempunyai kontrak dengan kelab itu sehingga akhir tahun ini. Tetapi jika khabar tersebut menjadi realiti, ia dilihat langkah seterusnya selepas menunjukkan prestasi mantap di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan.

Advertisements

Ini termasuk mendapat anugerah Pemain Muda Terbaik Piala AFF 2022 susulan kecemerlangannya membantu Indonesia mara ke separuh akhir Piala AFF 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram