Dunia
eurosport
Advertisements

Empat perlawanan Liga Europa pagi tadi menyaksikan dua kelab dari Bundesliga iaitu Eintracht Frankfurt dan RB Leipzig berjaya mara ke separuh akhir diikuti wakil Scotland, Rangers dan kelab England, West Ham United.

Paling mencuri tumpuan adalah bagaimana langkah Barcelona tersekat di tangan Eintracht di Nou Camp. Kekalahan 2-3 kepada Eintracht ini sekali gus menamatkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah Barcelona untuk semua kejohanan yang disertai.

Barcelona tewas secara agregat 3-4 selepas perlawanan suku akhir pertama di Jerman berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Advertisements

Lain-lain perlawanan menyaksikan West Ham United sebagai pasukan pelawat tidak berdepan masalah apabila layak ke separuh akhir Liga Europa dengan membelasah Lyon 3-0. West Ham layak menerusi agregat 4-1 selepas suku akhir pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di England.

RB Leipzig pula tidak berdepan masalah apabila menumbangkan Atalanta di Itali dengan keputusan 2-0 sekaligus melayakkan mereka ke separuh akhir dengan agregat 3-1. Cristopher Nkunku menjadi wira Leipzig dengan dua gol.

Manakala kelab Scotland, Rangers pamer kebangkitan selepas ketinggalan 0-1 kepada Braga dalam perlawanan suku akhir pertama. Mereka bangkit untuk menewaskan Braga 3-1 dalam perlawanan suku akhir kedua sebentar tadi dan layak ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Advertisements

Perlawanan separuh akhir Liga Europa dijadualkan berlangsung pada 28 April ini yang mana menyaksikan RB Leipzig akan bertemu Rangers dan West Ham United bakal melayan kunjungan Eintracht Frankfurt.

Semi Final Europa League UEL: Dua Kelab Jerman Ke Separuh Akhir, Barcelona Tersungkur Di Nou Camp
Perlawanan separuh akhir Liga Europa. Sumber Skysports
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram