“Dulu LTK Tak Pandang Pun Saya” – Arif Aiman

johor southern tigers
Alif Syazani
@SyazaniAlif
1:09am 02/10/2022

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengakui bahawa bakatnya kurang diberi perhatian oleh Lim Teong Kim yang dahulu merupakan pelatih AMD.

Pemain kelahiran Pahang ini turut menyatakan bahawa sewaktu beliau beraksi di AMD, beliau hanya menjadi pemain simpanan. 

Namun, kini pemain berusia 20 tahun ini baru sahaja berjaya membantu pasukannya JDT menjadi juara Liga Super 2022 selepas membenam Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

“Dulu dia (Lim Teong Kim) tak pandang pun saya”

“Lagipun dulu di AMD saya bukan dalam kesebelasan utama. Saya hanya simpanan” katanya sejurus selepas tamat perlawanan menentang Negeri Sembilan. 

JDT kini mencipta sejarah dominasi liga dimana ini merupakan kejuaraan ke-9 berturut-turut dalam saingan Liva Super.

Bakat beliau mula dicungkil ketika debut pertamanya bersama JDT ketika 14 Mac 2020 ketika menentang Felda United bagi saingn Liga Super 2020. 

Beliau yang juga graduan Akademi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim diberi kepercayaan sepenuhnya oleh bekas jurulatih JDT iaitu Benjamin Mora. 

Bermula daripada itu, Arif Aiman mula mendapat perhatian oleh Benjamin Mora dan beliau terus diberi kepercayaan untuk beraksi dalam skuad utama JDT. 

Untuk rekod, Arif Aiman beraksi sebanyak 17 perlawanan dan mencatatkan 2 gol serta 11 bantuan gol dalam saingan Liga Super musim ini.