“Dulu Tiada AMD, Sekolah Sukan Boleh Je Kalahkan Thailand” – Firdaus Mohamed
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Mohd. Firdaus Mohamed tidak mahu terlalu bergantung kepada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan sekolah sukan dalam program pembangunan bakat di Malaysia.

Beliau yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, LWN dan PTSR 2024 berkata, pihak persatuan dan kelab perlu bekerjasama dalam mencari bakat baharu di pelusuk daerah.

”Persatuan dan kelab ini perlu kreatif dalam mencari pemain, bukan sahaja pemain dari sekolah sukan tetapi carilah di ceruk-ceruk, daerah-daerah sebab dulu pun kita pernah lahirkan pemain-pemain dari ceruk dan daerah,” katanya kepada pihak media.

Advertisements

Perkara ini penting menurutnya agar bakat pembangunan bola sepak di Malaysia tidak hanya bergantung kepada AMD dan sekolah sukan yang masih belum menunjukkan kesan positif yang mendadak kepada skuad senior kebangsaan.

”Hari ini kita lihat kita terlalu mengharapkan sekolah-sekolah sukan dan akhirnya kita tahu bukanlah bagus sangat pun skuad kebangsaan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menggesa persatuan bola sepak negeri agar memeriahkan suasana di setiap peringkat agar memberi peluang buat ‘ubi-ubi muda’ yang berada di kampung-kampung untuk beraksi di tahap lebih tinggi.

Advertisements

“Persatuan bola sepak negeri kena naikkan keghairahan bola sepak di peringkat kampung supaya mereka ini berpeluang mewakili daerah, negeri dan negara.”

”Kalau tidak, kita terpaksa mengharapkan sekolah sukan dan AMD yang sedia ada tetapi kita pun tahu dalam tempoh lima hingga 10 tahun ini, kita tak nampak peningkatan di peringkat antarabangsa.”

“Zaman dulu kita tiada AMD, tiada sekolah sukan, pasukan kita biasa sahaja menang, dengan Thailand pun menang juga,” tegas beliau lagi.

Advertisements

Untuk saingan Piala Presiden, 16 pasukan bakal mengambil bahagian termasuk juara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III dan naib juara, Negeri Sembilan FC.

Untuk saingan Piala Belia pula, 18 pasukan termasuk juara, Selangor dan naib juara, JDT IV bakal memeriahkan kejohanan musim ini.

Saingan kumpulan kedua-dua kejohanan bakal menggunakan format format liga dua pusingan timbal balik dan akan berakhir pada Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram