Salah seorang duta Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman ditahan polis pada Jumaat atas dakwaan gangguan seksual kepada kanak-kanak bawah umur.
CEO Batu yang merupakan pempengaruh terkenal di laman media sosial didakwa telah mengirim gambar berbaur lucah kepada seorang kanak-kanak perempuan di bawah umur.
Menerusi hantaran di Instagram Caprice, ibu kepada kanak-kanak berusia 14 tahun itu telah meminta bantuan penyanyi itu untuk menularkan tindakan tidak senonoh oleh CEO Batu.
Hantaran tersebut telah tular dalam kalangan pengguna di media sosial sehinggakan akaun CEO Batu telah diserang oleh pelbagai lapisan masyarakat oleh kerana tindakannya itu
Terkini menerusi laporan wartawan tempatan, CEO Batu yang juga Duta Kedah Darul Aman FC telah pun ditahan pihak polis untuk membantu siasatan mengenai kes melibatkan gadis di bawah umur ini.