Efendi Abdul Malek Pengarah Teknikal Baru Negeri Sembilan
Liga Super
NSFC
Advertisements

Negeri Sembilan FC mula melakukan perubahan dengan membawa masuk legenda Rusa, Efendi Abdul Malek sebagai Pengarah Teknikal baru.

Perlantikan ini diumumkan pengurusan Negeri Sembilan menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus, perlantikan Efendi dilihat mampu memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak di Negeri Sembilan terutama di peringkat akar umbi.

Advertisements

“Pelantikan Efendi Abdul Malek merupakan satu manifestasi keinginan kelab dalam melakukan rombakan falsafah bola sepak kelab bermula dari peringkat bawah-23 tahun hingga ke peringkat akar umbi.

“Manfaat ini akan turut dipanjangkan kepada pembangunan bola sepak di seluruh Negeri Sembilan melalui kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

“Dengan status beliau sebagai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih elit di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, sudah pastinya beliau faham akan kehendak bola sepak moden, sesuai dengan hala tuju yang ingin dibawa NSFC bermula pada musim ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Nama Efendi bukanlah asing dalam kalangan penyokong dalam skuad Rusa. Ini kerana beliau pernah menjulang Piala FA dan Piala Malaysia bersama skuad Rusa pada 2003 dan 2009.

Dalam bidang kejurulatihan, Efendi memiliki Sijil Kejurulatihan Diploma “A” AFC/FAM.

Beliau bukan saja pernah menggalas peranan sebagai ketua jurulatih skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 16 Tahun (B-16).

Advertisements

Malah, Efendi juga merupakan pembantu jurulatih kepada jurulatih skuad Malaysia B-17, Osmera Omaro dari 2022 hingga 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram