Effendi Abdullah Anggap Pemain Import Di Malaysia ‘Tak Power’
Dunia
Berita Harian
Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh ejen berpenglaman, Effendi Abdullah melihat kemasukan pemain import di liga tempatan sebagai satu perkara yang ‘biasa’ sungguhpun datang dengan nama yang gah.

Beliau menyatakan sedemikian berdasarkan beberapa faktor seperti kualiti yang dimiliki oleh Liga M selain kedudukan kewangan setiap pasukan yang bertanding menyebabkan kehadiran pemain import setara dengan kemampuan pasukan.

Mengulas lanjut, beliau merasakan hanya seorang pemain import yang menyerlah kerana memiliki pengalaman yang cukup luas di Eropah iaitu Fernando Forestieri.

Advertisements

‘Perpindahan berprofil tinggi kalau contoh daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kita terus bawa dia masuk ke Liga Super. Tetapi boleh tahanlah (pemain yang masuk) .’

‘Kalau ada yang boleh kita katakan menyerlah sedikit pun, mungkin Fernando Forestieri (ke Johor Darul Ta’zim) tetapi yang lain, pada pandangan saya, semuanya biasa-biasa.’

Tambahnya lagi, jika seseorang pemain import itu benar-benar memiliki kualiti dan berada dalam kelas tersendiri, maka mereka akan beraksi dalam liga yang lebih tinggi dan kompetitif.

Advertisements

‘Kalau mereka bagus sangat dan berprofil tinggi, mereka tidak akan datang ke sini. Bukan saya mahu jatuhkan liga kita tetapi kita kena terima hakikat sebegini.’

‘Apapun, kita tunggu bagaimana prestasi mereka selepas enam bulan untuk lihat sama ada wajar ataupun tidak mereka dilabel perpindahan berprofil tinggi,’ – katanya kepada BH Sukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram