Advertising
Ejen Dion Cools Berunding Dengan Dua Kelab Dalam Satu Masa
MakanBola
FA Malaysia

Masa depan tonggak pertahanan negara, Dion Cools masih kekal misteri dengan beberapa khabar angin mula bertiup kencang dalam kalangan peminat.

Sebelum ini, pemain berusia 27 tahun ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ad

Khabar angin ini menjadi lebih panas apabila satu babak di dalam video pengenalan Fernando Forestieri memaparkan nama ‘Cools’ beserta nombor 21 yang merupakan nombor jersi beliau bersama skuad kebangsaan.

Ad

Namun, menerusi temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Nadi Arena, beliau mengatakan khidmat Cools telah ditawarkan kepada pasukan pencabar JDT oleh ejen pemain itu.

”Ejen kepada pemain tersebut (Cools), saya difahamkan telah menawarkan khidmat Dion Cools kepada (pasukan) pencabar JDT”, kata Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Walau bagaimanapun, identiti kelab pencabar tersebut tidak didedahkan oleh beliau, lalu meninggalkan persoalan dalam kalangan peminat.

Ad

Cools yang kini sedang bersama jaguh Thailand, Buriram United akan tamat kontraknya pada Jun 2024 dan destinasi beliau dijangka akan diketahui sebelum itu.

Ad