Elavasaran Positif Dengan Cabaran & Tekanan Yang Beliau Bakal Hadapi
Dunia
MakanBola
officialsarawakutdfc
Advertisements

Penolong jurulatih skuad kebangsaan yang baharu, E Elavasaran akui gembira kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Kim Pan-gon. Beliau kekal positif dengan cabaran dan tekanan yang bakal dihadapi kelak.

“Saya melihat tugasan ini sebagai satu cabaran dan juga peluang untuk saya menyumbang di peringkat kebangsaan. Saya gembira diberi peluang terbabit dalam projek Pan Gon.

Advertisements

Bekas jurulatih Sawarak United ini turut berharap agar dapat mencipta keserasian secepat mungkin oleh kerana tugasan utama semakin dekat.

“Saya berharap semua anggota kejurulatihan di bawah seliaan Pan Gon dapat mencipta keserasian dengan segera untuk menghadapi tugasan utama tidak lama lagi.

Advertisements

E. Elavasaran dalam pada itu memberi penghargaan kepada majikan Sarawak United kerana sudi untuk menamatkan kontraknya dengan lebih awal demi berbakti untuk negara.

Penolong jurulatih berusia 60 tahun itu juga berterima kasih kepada barisan pemain dan juga penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepadanya sepanjang khidmatnya di Sarawak United.

Advertisements

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada majikan saya Sarawak United yang sudi melepaskan saya lebih awal daripada kontrak saya.

“Tidak lupa kepada pemain dan penyokong yang memberi kerjasama kepada saya sepanjang khidmat saya di Sarawak United,” kata E. Elavasaran kepada Harian Metro.

Advertisements

News Comments Account