Elkan Baggott Sertai Kelab Divisyen Tiga England, Cheltenham
Dunia
Elkan Baggott
Advertisements

Bek tengah Indonesia, Elkan Baggott tidak lagi bersama kelab League Two (divisyen empat England), Gillingham. Ini selepas kelab asalnya, Ipswich Town memanggilnya semula dan meminjamkannya ke kelab League One (divisyen tiga England), Cheltenham.

Pengumuman perpindahan ini dibuat oleh Cheltenham di laman media sosial mereka awal pagi tadi. Pengumuman tersebut turut dikongsikan Baggott di akaun media sosialnya.

“Saya gembira berada di sini. Saya sedia untuk beraksi dan saya akan membantu sebaik mungkin bagi memastikan kita kekal di liga ini (League One),” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sepanjang bersama Gillingham, Baggott merekodkan 31 penampilan dan tiga gol bersama pasukan yang dibimbing Neil Harris itu.

Sebelum ini, dia dinamakan dalam kumpulan awal Tim Garuda menjelang Piala AFF 2022. Bagaimanapun, Baggott tidak menyertai Indonesia kerana mahu membantu Gillingham daripada terperosok ke zon penyingkiran League Two ketika itu.

Dia masih mempunyai baki kontrak bersama Ipswich sehingga 2025 dan sudah beraksi sebanyak tiga kali untuk kelab berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram