Tertekan Tak Dapat Main, Emerson Sertai Lyon Secara Pinjaman
EPL
Photo: Getty
Advertisements

Emerson Palmieri menyertai Chelsea dengan yuran perpindahan 17.6 juta pound dari AS Roma pada tahun 2018 namun beliau bergelut untuk menembusi kesebelasan utama Chelsea kerana perlu bersaing dengan Marcos Alonso dan pemain bek kiri England, Ben Chilwell.

Walaupun berjaya memenangi Kejohanan Euro 2020 bersama Itali, ternyata ianya belum mencukupi buat Thomas Tuchel untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama. Dengan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada 2022, ternyata Emerson tidak rela ketinggalan dan mahu turut serta bersama skuad The Azzuri.

Di eropah, minit permainan adalah sesuatu yang sangat mustahak bagi pemilihan pemain ke panggilan antarabangsa. Oleh disebabkan itu , Emerson mahu mencari peluang untuk sentiasa bermain setiap minggu dan beliau mahu menunjukkan aksi yang terbaik agar dirinya terpilih untuk mewakili Itali pada Piala Dunia tahun hadapan.

Advertisements

Beliau dipinjamkan ke kelab Liga 1 Perancis, Lyon sehingga tamat musim ini dan Lyon akan membayar yuran pinjaman 1 juta pound untuk pemain 27 tahun itu yang mampu beraksi sebagai bek kiri dan  juga sebagai bek sayap kiri.

Emerson membuat kemunculan semula dengan Chelsea pada aksi pembukaan menentang Crystal Palace yang mana beliau dimasukkan sebagai pemain gentian pada minit ke 86 menggantikan rakan seposisinya Marcos Alonso.

Untuk rekod, Emerson adalah pemain yang menjulang Euro 2020 bersama Itali yang menumbangkan England di final dalam perlawanan yang berlangsung di Wembley. Beliau muncul dalam 4 penampilan selepas pemain utama Leonardo Spinazzola mengalami kecederaan .

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram