Empat Bintang Piala Dunia Bakal Digantung FIFA
Dunia
Fox Sports
Advertisements

Empat bintang Piala Dunia 2022 dari Uruguay bakal dikenakan tindakan disiplin oleh FIFA susulan tindakan mereka pasca-perlawanan menentang Ghana dalam aksi terakhir Kumpulan H. Sekiranya didapati bersalah, mereka bakal digantung 10 hingga 15 perlawanan.

Empat bintang tersebut ialah bekas penyerang Manchester United, Edinson Cavani, bek tengah Atletico Madrid, Jose Maria Gimenez, bek tengah Velez Sarsfield, Diego Godin dan penjaga gol Galatasaray, Fernando Muslera. Mengikut laporan akhbar AS, keempat-empat pemain ini didapati melanggar artikel 11 dan 12, peraturan disiplin FIFA.

Ketika ini, semua pemain sedang menunggu keputusan akhir Jawatankuasa Disiplin FIFA di mana ia hanya akan diketahui pada Februari tahun hadapan. Tetapi jika didapati bersalah, Cavani, Gimenez, Godin dan Muslera boleh dikenakan penggantungan sehingga enam bulan. Penggantungan bukan saja membabitkan pasukan kebangsaan Uruguay tetapi turut membabitkan kelab-kelab yang diwakili mereka.

Advertisements

Selepas tamat perlawanan Uruguay-Ghana, pemain-pemain La Celeste mengejar pengadil Jerman, Daniel Siebert selepas tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadilannya. Gimenez bukan saja menyiku seorang pegawai FIFA tetapi turut memaki Siebert atas apa yang berlaku atas padang.

https://twitter.com/GilCalderXD/status/1599024806787428353

Sementara Cavani pula dikatakan menumbuk monitor VAR sehingga jatuh semasa kembali ke bilik persalinan. Dengan mengambil kira tindakan dua pemain ini, Cavani dan Gimenez berdepan penggantungan enam bulan kerana tindakan mereka berpotensi menghasut penyokong untuk membenci atau melakukan tindakan ganas.

Sekiranya keempat-empat ini dikenakan penggantungan enam bulan, maka Cavani, Godin dan Muslera berdepan kemungkinan menggantung but. Ini kerana trio veteran itu berada di penghujung karier masing-masing dan keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA boleh saja mempercepat keputusan mereka untuk bersara.

Advertisements

Bagi Gimenez pula, sekiranya digantung enam bulan, ia bakal memberi tamparan hebat kepada Atletico Madrid. Tanpa bek tengah Uruguay itu, ini akan memaksa pengurus Diego Simeone mencari pengganti jangka pendek bagi membolehkan Atletico terus bersaing sehingga akhir musim La Liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram