Episod Sama Berulang, Pemain Perak Terdesak Sampai Jual Motor Untuk Kelangsungan Hidup
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Situasi sukar yang sedang melanda pasukan Perak FC kini telah memaksa para pemain dan staf kejurulatihan terus mengikat perut.

Ini kerana tunggakan gaji yang masih tidak dilunaskan pihak pengurusan kelab menjadi salah satu isu utama kemelut yang melanda Perak FC. Hutang bertimbun yang dianggarkan sekitar 7-8 juta telah memaksa pemilik Perak FC melelong kelab itu pada tanda harga yang murah.

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menjelaskan tunggakan gaji yang dahulu dan sekarang masih banyak dan ianya amat sukar untuk diterima. Menurutnya, ada dalam kalangan anak buahnya yang terpaksa menjual barang kesayangan untuk tujuan kelangsungan hidup.

Advertisements

“Kami di pihak pegawai dan pemain terpaksa mengharungi hari-hari tanpa bayaran diterima dan ini suatu permasalahan yang amat sukar. Situasi terkini sehinggakan ada diantara mereka yang telah jual motor untuk kelangsungan hidup dan ada beberapa pemain yang menjual jam Apple Watch

“Jadi perkara-perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan bola sepak Malaysia kearah professional.”

Sementara itu Yusri juga mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan sesegera mungkin. Pihak Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd perlulah mengambil keputusan untuk melepaskan kelab dalam masa terdekat.

Advertisements

“Satu perkara ataupun ujian besar bagi saya. Sungguhpun begitu, saya rasa perkataan saya disini saya tidaklah menginginkan mana-mana pihak untuk bermusuhan antara satu sama lain,tetapi biarlah seandainya ia ada melibatkan isu peribadi maka biarlah iainya diselesaikan dengan baik,” ujar Yusri ketika ditemu bual oleh Astro Arena.

Perlawanan terakhir saingan pertama Piala FA tempoh hari menyaksikan pasukan Perak FC telah berjaya menewaskan pasukan Kijang Rangers. Walaupun beraksi tanpa senarai nama pemain yang lengkap, namun semangat jitu yang ditampilkan para pemain Perak FC wajar sekali dipuji.

Pasukan Perak mencatat kemenangan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pada masa tambahan menerusi pemain muda, Hakimi Isa. Perak FC bakal meneruskan cabaran di pusingan kedua Piala FA sementara terus mengharungi cabaran di saingan Liga Premier.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram