Dunia
LiveScore
Advertisements

Hasrat pendahulu EPL, Arsenal melebarkan kelebihan ke atas Manchester City berjaya direalisasikan. Ini selepas tuan rumah menewaskan Man Utd 3-2 dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates.

Sebaik sepak mula, Gunners mencari gol awal bagi mendapatkan kelebihan ke atas Red Devils. Dan mereka hampir melakukannya pada minit ke-10 menerusi Gabriel Martinelli selepas bola sepakan David de Gea sampai pada kakinya. Bagaimanapun, cubaan pemain sayap Brazil itu tersasar.

Tatkala tuan rumah ghairah memburu gol pembukaan, United membuka tirai jaringan menerusi Marcus Rashford pada minit ke-17. Selepas mencuri bola daripada Thomas Partey, penyerang England itu melarikan bola sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan Aaron Ramsdale.

Advertisements
Marcus Rashford Man Utd DAZN Football EPL: Gol Dramatik Nketiah Bantu Arsenal Tewaskan Man Utd
Rashford meraikan jaringan bersama Christian Eriksen dan Scott McTominay. Gambar: DAZN Football

Arsenal tidak panik dan terus memburu gol penyamaan. Hasilnya, Granit Xhaka berjaya mencari ruang dan membuat satu hantaran yang mudah ditanduk Eddie Nketiah pada minit ke-24.

Tersentak, Man Utd menggandakan asakan bagi mendapatkan gol kedua. Dan mereka hampir mendapatnya menerusi sepakan deras Scott McTominay dari luar kotak penalti pada minit ke-28 tetapi dinafikan oleh Ramsdale.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Selepas rehat, Arsenal memperkemaskan rentak permainan mereka. Hasilnya, giliran Gunners pula mendahului menerusi sepakan deras Bukayo Saka dari penjuru luar kotak penalti pada minit ke-53.

Tetapi anak-anak buah Erik ten Hag tidak mudah patah semangat. Dan mereka kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi Lisandro Martinez. Ini selepas dia menanduk masuk sepakan sudut Luke Shaw pada minit ke-59.

Lisandro Martinez meraikan gol pertamanya bersama Man Utd. Gambar: Manchester United

Tersentak, Arsenal menggandakan asakan bagi mencari gol ketiga. Dan mereka hampir mendapatnya menerusi Saka pada minit ke-70 tetapi sepakannya terkena tiang sebelum keluar.

Advertisements

Dengan perlawanan memasuki minit-minit akhir, Gunners berusaha menambah gol ketiga termasuk memasukkkan bekas pemain Brighton, Leandro Trossard.

Nketiah menyangka telah meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-84 tetapi sepakannya berjaya dinafikan de Gea. Dua minit selepas itu, percubaan Christian Eriksen pula terkena bahagian sipi gol.

Kesungguhan Gunners memburu gol ketiga akhirnya berhasil pada minit ke-90. Selepas menerima hantaran Olexandr Zinchenko, Martin Odegaard menghantar bola yang mudah ditolak Nketiah melepasi de Gea.

Advertisements

Dengan keputusan ini, United kekal di tempat keempat dengan 39 mata. Manakala Arsenal kekal mendahului liga dengan 50 mata, lima mata di hadapan Manchester City.

Selepas ini, Arsenal bakal berdepan Everton di Goodison Park pada 4 Februari. Sementara United pula berdepan Crystal Palace di Old Trafford pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram