EPL: Liverpool Belasah Bournemouth, Cipta Rekod Baru Liga Perdana
Dunia
Mohamed Salah
Advertisements

Pasukan kendalian Jurgen Klopp, Liverpool akhirnya memperoleh kemenangan pertama di Liga Perdana Inggeris 2022/23 selepas berjaya membelasah Bournemouth 9-0 di Anfield.

Liverpool sebelum ini bermula suram dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2022/23 selepas diikat Fulham dan Crystal Palace sebelum tewas kepada Manchester United 2-1 di Old Trafford.

Liverpool peroleh jaringan awal menerusi Luis Diaz pada minit ke-3 kemudian menggandakan kelebihan 3 minit kemudian menerusi jaringan Harvey Elliott.

Advertisements

Trent Alexander-Arnold, Firmino dan van Dijk turut menghasilkan jaringan menjadikan kedudukan 4-0 memihal tuan rumah pada separuh masa pertama.

Firmino, Carvalho, Luis Diaz dan 1 jaringan sendiri Bournemouth melengkapi kemenangan bergaya Liverpool 9-0 mengatasi Bournamouth di Anfield.

Lebih manis, kemenangan pertama musim ini menyamai rekod jaringan terbesar di Liga Perdana Inggeris yang sebelum ini berjaya dicapai Manchester United dan Leicester City.

Advertisements

Rekod kemenangan terbesar di Liga Perdana adalah 9–0, kali pertama dilakukan oleh Manchester United yang berjaya menewaskan Ipswich Town di Old Trafford pada 4 Mac 1995, yang kedua ialah Leicester City menewaskan Southampton di Stadium St Mary pada 25 Oktober 2019 dan kini Liverpool turut masuk dalam senarai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram