EPL: Manchester United Pamer Aksi Bertenaga Tewaskan Liverpool
Dunia
Manchester United
Advertisements

Manchester United peroleh kemenangan pertama di Liga Perdana Inggeris 2022/23 selepas berjaya menewaskan cabaran Liverpool 2-1 di Old Trafford, Manchester.

Dua jaringan United dihasilkan oleh Jadon Sancho dan Marcus Rashford dan satu jaringan sagu hati Liverpool oleh Mo Salah menjadi rumusan buat perlawanan minggu ke-3 ini.

Manchester hampir membuka jaringan awal pada minit ke-10 namun sepakan Elanga terkena tiang sebelum Jadon Sancho membuka jaringan tuan rumah menerusi satu gerakan cantik 5 minit kemudian.

Advertisements

Bersambung babak ke-2 Manchester United menambah derita Liverpool menerusi jaringan Marcus Rashford pada minit ke-53 selepas menerima hantaran Anthony Martial.

Liverpool merapatkan jurang pada minit ke-81 menerusi tandukan Mo Salah dalam satu situasi kelam kabut selepas satu sepakan sudut namun segalanya sudah terlambat buat pasukan pelawat dan perlawanan berakhir dengan Manchester United menang 2-1 di Old Trafford.

Selepas 3 perlawanan, Liverpool masih bergelut mencari kemenangan pertama selepas seri dalam kedua-dua perlawanan sebelum ini bertemu Fulham dan Crystal Palace.

Advertisements

Liverpool bakal melayani kuncungan Bournemouth pada 27 Ogos ini manakala Manchester United bakal bertandang ke Southampton pada hari yang sama.

Manchester United kini di tangga ke-14 liga manakala Liverpool di tempat ke-16 selepas hari perlawanan minggu ke-3 Liga Perdana Inggeris 2022/23.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram