EPL: Manchester United Teruskan Rentak Kemenangan Benam Southampton
Dunia
Manchester United
Advertisements

Manchester United meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya membenam cabaran Southampton 1-0 di Stadium St. Mary’s, Southampton.

Kemenangan Manchester United ini juga membantu The Red Devils melonjak ke tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris.

Separuh masa pertama perlawanan berlangsung seimbang tanpa sebarang jaringan namun Manchester United menunjukkan penguasaan bola yang lebih baik.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Manchester United memperkemas bahagian serangan dan akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-55.

Jaringan Bruno Fernandes dari luar kotak penalti berjaya menerjah jaring selepas menerima hantaran Dalot menjadikan kedudukan 0-1 memihak kepada United.

Usaha Southampton mencari jaringan penyamaan tidak kesampaian dan perlawanan berkesudahan Manchester United menewaskan Southampton 0-1 di St. Mary’s.

Advertisements

Sebelum ini Manchester United berjaya menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford sekaligus mengembalikan keyakinan kem Ten Hag selepas tewas dalam 2 aksi awal Liga Perdana Inggeris.

Manchester United bakal bertemu Leicester City pada 2 September ini di Stadium King Power.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram