Exco FAM Bidas Tuduhan Jadi ‘Pak Turut’ Hamidin
Dunia
FAM/Bernama
Advertisements

Bekas Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim sebelum ini mendakwa Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai individu yang menjadi ‘pak turut’ kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin.

EXCO FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya menegaskan keputusan yang dirangka dalam badan induk itu berdasarkan semangat musyawarah di bawah kepemimpinan presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau menjelaskan sebagai orang lama dalam bola sepak, Hamidin mengambil pendekatan bermusyawarah dalam mentadbir urus badan induk itu dengan mereka diberi tugasan dan portfolio masing masing bagi melicinkan proses pengurusan.

Advertisements

“Hamidin tidak mengamalkan kaedah autokratik dalam mengurus FAM. Sebagai seorang bekas Setiausaha Agung FAM yang memahami cara FAM ditadbir urus, Hamidin tidak berseorangan dalam membuat dasar-dasar FAM.

“Setiap EXCO diberi ruang untuk memberi pandangan masing-masing, biarpun menentang arus. EXCO FAM memiliki pelbagai latar belakang, ada dalam kalangan kami usahawan, ahli akademik, peguam dan tokoh korporat.

“Maka mustahil jika semua menjadi pak turut atau tukang angguk sahaja,” katanya.

Advertisements

Teong Kim menerusi satu temubual dengan sebuah portal menuduh EXCO FAM sekadar akur kepada arahan presiden selain menegur struktur liga serta perkembangan pasukan kebangsaan.

“Senario ini berubah apabila seluruh keluarga bola sepak negara terjejas termasuk pemain di semua peringkat akibat jadual pertandingan yang tertangguh atau tergendala disebabkan FAM akur kepada prosedur operasi standard (SOP) kerajaan,” kata Hisamudin kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram