Aksi pusingan 5 FA Cup menyaksikan Man City hampir tersingkir seperti Liverpool sebelum pemain muda, Nico O’Reilly muncul wira pasukan.
Setelah berhempas-pulas menewaskan Leyton Orient di aksi pusingan lalu, Man City kini dijadualkan berdepan Plymouth sebelum memastikan tempat di peringkat suku akhir FA Cup.
Walau bagaimanapun, Plymouth pastinya mahu meneruskan rentak konsisten terutamanya setelah mengejutkan pasukan pilihan ramai, Liverpool pada perlawanan pusingan ke-4 lalu.
Pep Guardiola pertaruh gandingan De Bruyne dan Phil Foden di barisan serangan Man City bersama pemain-pemain muda yang lain sambil Nikola Katic dilantik selaku kapten Plymouth.
Aksi sememangnya dikuasai oleh Man City namun pasukan pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi tandukan bek tengah, Maksym Talovierov pada minit ke-38 hasil sepakan sudut.
Usaha tuan rumah memburu gol penyamaan akhirnya berjaya sebelum rehat apabila pemain muda, Nico O’Reilly menanduk masuk sepakan percuma oleh De Bruyne bagi mengikat skor 1-1.
Separuh masa pertama tamat, Man City 1-1 Plymouth Argyle.
Kembali dari rehat, City tampak makin serius merencanakan langkah dengan membuat dua pertukaran penting dan salah satunya adalah menurunkan peledak berbisa, Erling Haaland.
Gol kedua yang ditunggu-tunggu akhirnya terhasil menerusi sekali lagi tandukan oleh Nico O’Reilly pada minit ke-76 dan menceriakan pasukan dan penyokong Man City di stadium.
Di masa tambahan, Kevin de Bruyne tampil melengkapkan kemaraan Man City dengan jaringan ketiga buat tuan rumah yang mudah menewaskan penjaga gol lawan, Conor Hazard.
Akai di Stadium Etihad berakhir dengan keputusan 3-1 memihak Man City.