Fadhli Shas Dedah Sebab Tolak Banyak Tawaran Lain Demi Sri Pahang
Dunia
Advertisements

Pemain pertahanan berpengalaman, Fadhli Shas mempunyai sebab tersendiri untuk memilih Sri Pahang sebagai destinasi baru kariernya.

Perkara paling penting yang dipertimbangkan pemain berusia 31 tahun itu adalah kesungguhan kelab pantai timur itu untuk memberikan cabaran dalam saingan musim baru nanti.

“Memang saya ada menerima beberapa tawaran lain tetapi akhirnya saya buat keputusan bersama Sri Pahang kerana yakin pasukan dilihat cukup serius untuk kembali bangkit menjadi pencabar.

Advertisements

“Saya teruja dengan perancangan pasukan dengan melihatkan kehadiran muka-muka baharu, saya rasa Sri Pahang mampu menjadi salah satu pencabar kejuaraan.

“Malah, ada beberapa pemain di sini saya turut kenali seperti Muslim Ahmad, yang merupakan gandingan saya ketika memenangi pingat emas Sukan SEA dan Piala AFF,” kata Fadhli Shas.

Advertisements

Dia juga berharap Sri Pahang mampu kembali melonjakkan kembali kariernya selepas melalui detik pahit bersama Melaka musim lalu.

“Apa yang terjadi di Melaka musim lalu sememangnya satu pengalaman yang mahu segera dilupakan apabila kami berdepan krisis kewangan yang melemahkan semangat pasukan.

Advertisements

“Namun, hikmah buat saya ialah sekurang-kurangnya berjaya mendapatkan banyak minit permainan dan harap boleh
kekalkan rentak sama apabila dengan Sri Pahang.

“Sudah tentu bersama Sri Pahang, saya harap boleh naikkan kembali karier sama seperti dahulu dan mana tahu, satu hari nanti saya boleh mengetuk kembali pintu dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Advertisements

Fadhli yang merupakan produk Harimau Muda, telah bersama JDT selama lapan musim iaitu bermula 2014 sehingga 2021 sebelum ke Melaka secara pinjaman pada musim lalu.

Dia menjadi pilihan utama untuk mengemudi benteng pertahanan apabila diturunkan di kesebelasan utama 15 daripada 22 perlawanan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram