Ads
Faisal Halim Dibenarkan Pulang Ke Rumah
Liga Super
Selangor FC

Penyokong Selangor FC mendapat berita gembira apabila bintang pasukan itu, Faisal Halim dilaporkan sudah kembali ke kediamannya hari ini.

Advertisements

Selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu, pemain sayap berusia 26 tahun itu mengalami kelecuran tahap empat.

Advertisements

Ini menyebabkan Faisal perlu melalui empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam termasuk pembedahan terakhir pada Isnin lepas iaitu split skin graft (SSG).

Advertisements
Advertisements

Empat pembedahan yang dilalui bintang Harimau Malaya itu membantu proses pemulihannya. Dan hari ini, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mendedahkan Faisal telah mendapat kebenaran doktor untuk pulang ke rumah.

Bekas pemain sayap Terengganu FC itu dikatakan telah meninggalkan hospital pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Advertisements

“Faisal Halim dikhabarkan telah dibenarkan keluar dari hospital sekitar jam 12.50 petang tadi. Semoga dengan persekitaran berbeza, proses pemulihan FH berjalan lancar dan baik,” katanya dalam satu hantaran di X.

Pengurusan Selangor FC dijangka membuat pengumuman rasmi tentang perkara ini tidak lama lagi. Ini berdasarkan kenyataan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Merah Kuning, Datuk Seri Shahril Mokhtar kepada media beberapa hari lalu.

Sebagai sebahagian daripada proses pemulihannya, Faisal bakal melalui program pemulihan khas yang diatur pasukan itu dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN).

Advertisements

Sekiranya pemulihan beliau berjalan lancar tanpa sebarang masalah, tonggak skuad kebangsaan itu dijangka kembali beraksi dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram