Faisal Halim Jawab Tuduhan Hidup Bermewah Selepas Sertai Selangor
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim menjawab tuduhan yang dilemparkan sebuah laman bola sepak di Facebook yang mendakwa Faisal hidup dengan mewah selepas melengkapkan perpindahan bersama Selangor.

Laman Harimau Selatan X dalam satu hantaran telah memuat naik gambar kereta model Mercedes Benz milik Faisal dan mendakwa harga kereta tersebut mencecah pada tanda harga RM 450,000.

Faisal tampil menjawab tuduhan tidak berasas tersebut di ruangan komen dan menjelaskan bahawa kereta yang dibelinya itu harganya bukanlah seperti yang diperkatakan.

Advertisements

Pemain sayap kebangsaan itu juga menegaskan bahawa Mercedes Benz tersebut dibeli Faisal ketika beliau masih mewakili pasukan lamanya iaitu Terengganu.

“Hahaha lawak la kau ni min, hidup buat dosa je atas dunia ni. Saya punya Mercedes A180 tahun 2019 cuba cek berapa harga, fitnah ja kerja awak hari-hari hahahaha. Kalau tkde kerja mari kerja dngan saya, saya pakai kereta ini sebelum saya main selangor lagi, masa saya di Terengganu saya dah pakai kereta ni, di Terengganu gaji saya 80k ke,” soal Faisal.

Sayap lincah berusia 25 tahun ini juga meragui bagaimana gambar tersebut berjaya ditangkap. Beliau juga berharap agar serangan peribadi seperti ini tidak lagi terjadi yang sering kali mengaitkan tentang isu peribadi dan majikannya iaitu Selangor FC.

Advertisements

“Pergi lah cari pemain lain pulak, kejap-kejap saya kejap-kejap saya. Bosan lah hahahahaha. Ini gambar semalam ni, semalam saya letak kereta dekat situ. So siapa yang ambik gambar ni? Hahahahhaha pelik je kan,” tulis Faisal.

Berdasarkan semakan MakanBola di beberapa platform jualan kereta, semakan mendapati harga Mercedes Benz yang dimiliki Faisal, iaitu model A180 2019 dianggarkan sekitar RM175,000 hingga RM209,000.

Faisal yang kini menjadi tonggak buat pasukan Selangor telah membantu skuad Merah Kuning mencatat 7 kemenangan daripada 10 perlawanan. Anak jati Pulau Pinang ini berjaya mencatat 4 jadingan dan 3 bantuan jaringan dalam saingan Liga Super 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram