Faisal Halim Lebar Rekod Jaringan
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mempamerkan kekuatan setelah kembali menghangatkan saingan Liga Super dengan melebarkan rekod jaringan.

Bintang berusia 25 tahun itu terpaksa berehat selama sebulan untuk menjalani tempoh panggantungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Beliau bagaimanapun kembali dengan lebih kuat seperti yang dikatakannya apabila terus meledak dua jaringan ketika berdepan Kelantan FC pada aksi terakhir sebelum panggilan kebangsaan.

Advertisements

Bekas pemain Terengganu itu membawa momentum cemerlang untuk membantu Malaysia yang bakal mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa di China.

Ketika ini, Faisal menjadi pemain tempatan paling banyak menjaringkan gol dalam saingan Liga Super 2023 ketika ini dengan 10 gol bersama The Red Giants.

Advertisements

Rekod ini memastikan beliau mendahului beberapa orang rakan yang beraksi bersama pasukan lain seperti Paulo Josue (8 gol), Arif Aiman (7 gol) dan Darren Lok (6 gol).

10 jaringan dalam liga menyaksikan anak jati Penang ini telah melebihi rekod jaringan 6 gol yang dicatatkan pada musim lalu bersama Terengganu.

Advertisements

Kelebihan ini bakal menguntungkan Malaysia tatkala Faisal dan rakan sepasukan apabila mereka dijadualkan berdepan Syria dan China pada 6 dan 9 September 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram