Faisal Halim Mahu Nafuzi Zain Guna Pendekatan Pan-gon Dalam Latihan Terengganu
Dunia
officialterengganufc
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim mahu melihat jurulatih pasukan, Nafuzi Zain untuk mengaplikasikan semula segala yang telah diterapkan oleh jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon dalam sesi latihan pasukan kebangsaan.

Beliau dalam satu kenyataan menjelaskan, sesi latihan yang diterapkan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan ini berjaya meningkatkan mutu dan intensiti dalam permainan Harimau Malaya.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 24 tahun ini juga gemar dengan sesi latihan yang dipendekkan berbanding kebiasaan yang diterapkan oleh jurulatih-jurulatih lain.

Advertisements

‘Kalau kebiasaannya latihan akan berlangsung selama 2-3 jam tetapi dengan coach (Kim Pan-gon) latihan hanya dijalankan selama 1 jam.’

‘Sekarang apabila datang jurulatih Kim, kita dapat satu kerja sepasukan yang lebih baik, lebih mantap. Pada saya boleh dikatakan memang perubahan akan berlaku dan corak permainan akan berubah, kita akan lebih agresif.’ – katanya.

Malah, beliau dikatakan turut menghubungi jurulatih pasukan Terengganu, Nafuzi Zain sambil menceritakan detik dan pengalaman berlatih buat kali pertama di bawah kendalian jurulatih luar ini.

Advertisements

‘Saya ada bercerita dengan coach Nafuzi mengenai latihan di sini (kem kebangsaan) dan saya rasa kita boleh aplikasikan semasa berlatih bersama pasukan Terenggganu,’ -Jelasnya dalam satu tembual.

Faisal kini sedang menikmati musim cemerlang bersama Terengganu terutamanya pada musim lalu dan berjaya mengekalkan rentak bersama pasukan kebangsaan.

Kini, beliau sedang berusaha untuk menambat hati pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon selain perlu bersaing dengan para pemain lain untuk merebut tempat.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram