Faizal Azumu Anggap Kanvas Baru Satu Pembaziran
Dunia
freemalaysiatoday
Advertisements

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faisal bin Azumu menganggap pembelian kanvas baharu adalah satu pembaziran.

Perkara itu telah dikongsi di laman sosial Twiiter Faizal Azumu miliknya semalam yang menyatakan bahawa tidak masuk akal membelanjakan wang untuk kanvas baharu.

“Kepada Focus Malaysia yang dihormati, saya telah mengarahkan penutupan padang stadium pada bulan Jun 2022 untuk membolehkan kerja untuk padang baharu. ‘Tidak masuk akal’ membelanjakan wang pembayar cukai untuk kanvas padang yang akan dialih keluar,” katanya.

Advertisements

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Baharu, Hannah Yeoh telah memuatnaik satu kenyataan yang menyatakan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) membeli kanvas baru bagi menutup permukaan padang SNBJ semasa hujan. 

Ini bagi memastikan perlawanan ketika Malaysia menentang Singapura pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan tidak ada berlakunya takungan air di atas padang seperti mana yang pernah terjadi pada perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2023 antara Malaysia dan Bahrain, 11 Jun 2022 yang lalu.

Dalam kenyataan yang sama, Hannah Yeoh turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah meminjamkan Canvas Larkin sebelum ini ketika perlawanan Piala AFF melibatkan pasukan Malaysia menentang Laos.

Advertisements

Setelah bertahun, isu kanvas di Bukit Jalil ini akhirnya telah selesai dan tiada lagi cerita-cerita pinjam-meminjam kanvas untuk kegunaan stadium yang akan kita lihat pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram