Faizal Azumu Kongsikan “Resepi” Naikkan Martabat Bola Sepak Malaysia
Dunia
freemalaysiatoday
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Faizal Azumu dilihat berkongsi kepada FAM bagaimana cara untuk menaikkan lagi martabat bola sepak Malaysia susulan kekalahan mengejutkan di tangan Loas.

Dalam hal ini, Faizal mengakui pasukan negara agak lemah apabila berdepan dalam saingan antarabangsa dan mengharapkan agar FAM membuat tindakan yang sebaiknya bagi perkukuhkan lagi skuad kebangsaan demi peminat tanah air.

Beliau turut memberi pencerahan kepada FAM supaya jalinkan hubungan antara komuniti bola sepak seluruh negara supaya pasukan negara berada di landasan yang betul.

Advertisements

“Bola sepak adalah sukan amat popular di negara kita dan sebilangan besar rakyat meminati sukan ini tetapi apabila di kejohanan antarabangsa, kita nampak agak lemah,”

“Saya harap FAM bersama komuniti bola sepak seluruh negara bekerjasama rapat mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan prestasi pasukan kita.”

“Dari segi permulaan bagaimana hendak bangunkan bakat baharu sehingga kita berjaya menubuhkan pasukan berkualiti dan sebagainya untuk memastikan kita tidak tewas kepada pasukan yang sebelum ini dianggap pasukan belasahan,” katanya kepada BERNAMA.

Advertisements

Sebagai rekod, kekalahan bersama Laos itu adalah kekalahan pertama Malaysia di kejohanan peringkat B-23 sejak 2014.

Malaysia akan bertemu Laos pada aksi terakhir kumpulan di venue sama esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram