Advertisements
Fakta Menarik Tentang 3 Pemain ‘Nombor 9’ JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tiga penyerang yang menyarung jersi nombor sembilan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memacu kecemerlangan pasukan itu.

Tiga penyerang tersebut ialah Bergson da Silva, Gabriel Nistelrooy dan Abdul Raziq Abdul Rahman. Menariknya, ketiga-tiga penyerang ini merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan masing-masing.

Bergson terus dominan sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol. Ini termasuk dua gol yang dijaringkan semasa menentang Selangor FC di Stadium MBPJ pada 27 Oktober lalu.

Kedudukan Bergson ketika ini dicabar kapten KL City FC, Paulo Josue dan penyerang Selangor FC, Ronnie Fernandez. Josue dan Fernandez masing-masing menjaringkan 10 dan lapan gol.

Sementara Nistelrooy pula menerajui carta penjaring terbanyak Piala MFL musim 2024/25 dengan 12 gol. Beliau jauh meninggalkan pesaingnya yang masing-masing merekodkan enam dan lima gol.

Chukwu Nnabuike Chijioke dan Afeeq Iqmal Rosli berkongsi tempat kedua selepas menjaringkan enam gol. Manakala Abdul Rahman Daud, Lokman Bah Din dan Alif Zikri Zaini Anuar pula berkongsi lima gol.

Manakala Abdul Raziq pula makin berbisa buat skuad JDT III dalam saingan Piala Presiden. Dia sudah menjaringkan 13 gol, satu gol mengatasi rakan sepasukan Naim Zainudin.

Sementara Dainei Mat Disa pula di tangga ketiga dengan merekodkan 10 jaringan. Gandingan Abdul Raziq dan Naim dijangka jurulatih JDT III, Gonzalo Sanz Zaballos untuk aksi final Piala Presiden 2024.

Ini kerana kedua-duanya bakal berentap dengan Dainei dan Selangor untuk merebut kejuaraan berkenaan pada 6 dan 13 November ini.