Advertising
FAM Cungkil Pelapis Nazmi, 28 Pengadil Sertai Latihan VAR Kumpulan 2
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus berusaha mencungkil generasi pengadil baru yang mampu mengikut jejak pengadil elit negara, Nazmi Nasaruddin.

Terbaru, seramai 28 daripada 30 pengadil muda yang sedang menyertai Akademi Pengadil Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dipilih untuk mengikuti latihan Pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) Batch Ke-2.

Ad

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram menyifatkan perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif buat bola sepak negara.

Ad

Ini kerana langkah ini dapat meningkatkan bilangan pengadil yang memiliki Lesen VAR. Ini sekaligus dapat menampung bilangan pengadil yang diperlukan untuk mengadili perlawanan-perlawanan Liga Super.

“Akademi Pengadil Profesional ini merupakan projek FAM yang bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai pengadil yang berpotensi untuk mengadili liga tertinggi negara iaitu Liga Super Malaysia.

Ad

“Jadi seramai 28 pengadil dalam akademi ini telah pun dipilih untuk mengikuti latihan Pengadil VAR bagi Batch Ke-2 tersebut yang mana rata-rata purata umur mereka adalah dalam lingkungan usia 28 tahun.

Ad

“Pemilihan pengadil-pengadil muda dan berpotensi ini adalah berpandukan prestasi ketika perlawanan dan semasa menghadiri kursus Akademi Pengadil Profesional,” katanya selepas merasmikan Modul Ke-6 Akademi Pengadil Profesional FAM 2023-2025 di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ad

Sivasundaram turut melihat projek Akademi Pengadil Profesional sebagai medan melahirkan lebih ramai pengadil yang berwibawa seperti Nazmi.

“FAM berharap Projek Akademi Pengadil Profesional ini akan mampu melahirkan lebih ramai pengadil yang berteraskan ‘Thinking Referee’ dan memahami ‘Modern Football’,” ujarnya.

Prestasi cemerlang beliau bukan saja menjadi sebutan baik dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) mahupun pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Malah, nama Nazmi turut tersenarai antara calon pegawai perlawanan yang bakal bertugas untuk Piala Dunia 2026.