FAM Dilaporkan Hubungi Bekas Pemain Luton Town
MakanBola
Luton Town FC
Sponsors

Bekas pemain Luton Town, Elliot Thorpe dilaporkan telah dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Laman FutureTalents melaporkan pemain tengah berusia 23 tahun itu sedia mempertimbang peluang mewakili Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Atas sebab itu, FAM dikatakan sudah berhubung dengan Thorpe menerusi ejennya.

Ad
Sponsors

“Elliot Thorpe yang berusia 23 tahun sedia mempertimbang mewakili Malaysia dan telah dihubungi oleh FAM menerusi ejennya,” kata laman tersebut dalam satu hantaran di Instagram.

Ad

Anak jati Hinchingbrooke, England itu memiliki darah warisan Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari Perlis. Selain Malaysia, Thorpe juga boleh memilih mewakili Wales kerana ibunya merupakan orang Wales.

Bekas pemain The Hatters itu telah menyertai kelab National League (divisyen kelima England), Wealdstone pada 14 September lalu. Ini selepas khidmat Thorpe tidak dikekalkan Luton dan beliau meninggalkan kelab sebagai ejen bebas pada 1 Julai lepas.

Ad

Sepanjang tempohnya di Kenilworth Road, beliau merekodkan enam penampilan termasuk tiga dalam Liga Kejohanan pada musim 2022/23. Thorpe juga pernah menghabiskan tempoh pinjaman bersama Shrewsbury Town dan Burton Albion.

Ad

Selain Luton dan Wealdstone, beliau juga pernah beraksi untuk skuad remaja kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Totthenham Hotspur.

Ad

Thorpe dijangka membuat penampilan pertama bersama pasukan yang dibimbing legenda EPL, Matt Taylor itu dalam aksi menentang Barnet pada 21 September ini.

Thorpe bukan satu-satunya pemain yang dihubungi FAM tentang peluang mewakili Harimau Malaya. Future Talents turut melaporkan pemain tengah Wigan Athletic, Chris Sze dan pemain Heracles Almelo, Sem Scheperman juga telah dihubungi badan induk itu.

Terdahulu, FAM mengumumkan kapten Go Ahead Eagles, Mats Deijl dan pemain tengah yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal bakal mewakili skuad negara.