Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pengadil perlawanan untuk aksi Liga Super 2023 di antara Sabah FC dan Penang FC tempoh hari menerima hukuman berat apabila digantung serta merta oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pengadil Zulkarnain Zakaria dikesan melakukan kesilapan dalam memberikan sepakan penalti kepada pasukan Sabah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh FAM sendiri melalui Setiausaha Agungnya, Noor Azman Hj Rahman dalam siaran media yang dimuat naik sebentar tadi.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan tindakan berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil yang berlaku pada perlawanan Liga Super 2023, Sabah FC lwn Penang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat, 17 Mac 2023.

Advertisements
Zulkarnain Zakaria FAM Gantung Zulkarnain Zakaria Serta Merta
Zulkarnain (tiga dari kanan) digantung serta merta oleh FAM. (Sumber gambar: Sabah FC)

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah bersidang semalam bagi meneliti laporan daripada Penilai Pengadil perlawanan tersebut serta klip-klip rakaman video setiap insiden berkenaan.

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM telah sebulat suara mendapati bahawa pengadil perlawanan tersebut, Zulkarnain Zakaria telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti olehnya kepada pasukan Sabah FC pada minit 41 dan minit 90+9,” jelas Noor Azman seperti yang dikongsikan di laman web FAM.

Dengan kesilapan yang dilakukan itu, Zulkarnain dikenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023. Dalam masa yang sama, FAM memberi peringatan dan teguran keras kepada pengadl-pengadil lain agar sentiasa optimum dalam menjalankan tugas.

Advertisements

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.

“Jawatankuasa Pengadil FAM memandangkan serius perkara ini dan akan memberikan peringatan dan teguran keras kepada semua pengadil agar sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak secara lebih holistik.

“Jawatankuasa juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras dan yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil yang menampilkan mutu pengadilan yang tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan pada perlawanan-perlawanan Liga Malaysia 2023 yang akan datang,” jelasnya lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram