FAM Gugurkan Wan Kuzri
Dunia
FAMalaysiaofficial
Advertisements

Jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun, Brad Maloney mengesahkan bahawa Wan Ahmad Kuzri Wan Mohd Kamal digugurkan daripada skuad bagi saingan AFF kali ini.

Menurut satu kenyataan daripada jurulatih Australia itu menyatakan masalah keluarga yang dihadapi oleh Wan Kuzri ketika ini menjadi sebab beliau diketepikan.

“Saya ada bercakap dengan Wan Kuzri pagi ini dan dia masih lagi menyelesaikan isunya (hal keluarga) dan kami terpaksa mengenepikannya buat kali ini, dan kita akan menilainya kemudian untuk kejohanan lain.

Advertisements

Tambah Brad, ketiadaan Wan Kuzri dapat memberikan peluang kepada barisan pemain yang lain untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Brad dalam pada itu menegaskan beliau akan sentiasa berhubung dengan Wan Kuzri untuk memberi peluang kepadanya beraksi bersama Harimau Malaya di masa akan datang.

“Sudah tentu saya mahu dia bersama pasukan kerana dia seorang pemain yang berkualiti, tapi buat masa ini…nampaknya ada peluang buat pemain lain.

Advertisements

“Dia memang mahu sertai kejohanan ini (Kejuaraan AFF), Sukan Sea, Piala Asia, Sukan Asia dan kita akan sentiasa berhubung untuk melihat peluangnya bersama pasukan,” kata Brad kepada Harian Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram