Advertising
“FAM Hubungi Beberapa Pemain Seperti Yang Dihebahkan”
MakanBola
Aima/MakanBola

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah pun menghubungi beberapa pemain warisan seperti yang dihebahkan.

Baru-baru ini, pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl tidak melepasi syarat untuk mewakili Harimau Malaya.

Ad

Hal ini berdasarkan dokumentasi yang telah dilampirkan menunjukkan bahawa pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau.

Ad

Situasi ini sekaligus tidak membolehkannya beraksi buat skuad kebangsaan kerana bukan melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA.

“Hasil perbincangan, pemain ini telah memberikan dokumen-dokumen berkaitan susur galur keluarganya yang menunjukkan beliau mempunyai hubung kait dengan negara Malaysia termasuk sijil lahir beliau, ayahnya, datuknya (sebelah ayah) serta pengesahan kelahiran moyangnya (sebelah ayah) iaitu ibu kepada datuk pemain tersebut,” jelas FAM.

Ad

FAM menzahirkan penghargaan kepada Mats Deijl atas kesungguhan yang ditunjukkan untuk mewakili Harimau Malaya.

Ad

Bukan itu sahaja, FAM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sedang menghubungi beberapa pemain warisan yang sedang disebut-sebut di media sosial.

Ad

Untuk makluman, FAM juga sudah berhubung dengan “beberapa pemain lain sepertimana yang dicadangkan atau dihebahkan di platform media sosial.

“Namun begitu, setakat ini tiada yang positif terutama dari segi dokumen kesahihan pemain tersebut memiliki darah keturunan Malaysia yang melepasi syarat ditetapkan oleh FIFA,” tambah FAM.

Malaysia bakal meneruskan langkah ke pentas antarabangsa dengan mengharungi aksi persahabatan menentang New Zealand pada bulan Oktober ini.