FAM Tidak Hantar Pasukan B-23 Ke Sukan Asia 2023
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dengan kalendar kejohanan yang padat untuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23), FAM perlu memilih kejohanan mana yang perlu diutamakan. Lantaran itu, FAM memutuskan untuk tidak menghantar anak-anak buah E. Elavarasan ke Sukan Asia di Hangzhou, China pada akhir tahun ini.

Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau mengakui keputusan ini bukan satu keputusan mudah. Tetapi pada masa sama, ini membantu skuad B-23 memberi fokus kepada kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang bakal berlangsung pada September ini, Sukan SEA 2023 dan Piala AFF B-22.

“Pada Mei ini, mereka akan pergi ke Kemboja untuk Sukan SEA sebab acara bola sepak akan bermula terlebih dahulu. Satu lagi kejohanan penting adalah kelayakan Piala Asia B-23 pada September.

Advertisements

“Disebabkan itu, setelah berbincang dengan pengarah teknikal dan jurulatih, kita sudah putuskan bersama barisan EXCO bahawa kita tidak akan sertai Sukan Asia di Hangzhou kerana kita memikirkan ini adalah lebih mustahak.

“Kita tak nak masuk semua kejohanan, akhirnya semua tak jadi. Fokus kita adalah tiga, Sukan SEA, kelayakan B-23 yang belum tahu di mana dan juga Piala AFF B-22 pada November,” katanya.

Pada Sabtu lepas, 25 pemain dipanggil FAM untuk menyertai latihan pusat skuad B-23 yang bermula hari ini sehingga Ahad. Ini bagi membantu Elavarasan menilai para pemain sebelum mengatur persiapan untuk kejohanan-kejohanan mendatang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram