Farizal Marlias Sedar Pengalaman Bukan Jaminan Jadi Pilihan Utama Pan-gon
Dunia
FAM
Advertisements

Selepas penjaga gol, Rahadiazli Rahalim terpaksa digugurkan susulan dijangkiti COVID-19, bukanlah tiket untuk penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Farizal Marlias berasa selesa untuk pastikan posisi berkenaan menjadi miliknya.

Akan tetapi, sekiranya diberikan peluang sudah semestinya beliau akan memberikan yang terbaik untuk memikat hati jurulatih baharu negara Kim Pan-gon.

Menurut Farizal, kedua-dua rakan sepasukannya itu layak diturunkan kerana beliau melihat masing-masing mempamerkan komitmen yang sangat baik. Namun, tidak kisah la siapa yang diturunkan perlu membuat yang terbaik untuk pasukan negara.

Advertisements

“Saya tidak pernah berasa selesa dari segi posisi saya atau pun apa sahaja. Jika diberi peluang, saya sudah pasti akan memberikan yang terbaik.”

“Apa yang saya lihat, Khairulazhan dan Kalamullah memberikan komitmen yang sangat baik. Jadi sesiapa yang diturunkan pun harus memberikan komitmen dan aksi terbaik.”

“Sudah pasti peluang ini saya tak nak lepaskan. Apa yang saya impikan dari kecil adalah bermain untuk negara. Jadi saya harus gunakan sepenuhnya dan berharap boleh berikan sesuatu kepada negara,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Farizal menyifatkan jurulatih kali ini lebih tegas dan berdisiplin untuk mengubah corak permainan yang berbeza daripada sebelum ini.

Bagaimanapun pemain berusia 36 tahun itu menganggap sikap tegas Pan Gon itu berasas kerana skuad negara juga perlu lebih berhati-hati terutama dalam mengelak dijangkiti Covid-19.

“Perbezaannya Pan Gon ini lebih tegas, berdisiplin dan kita tahu budaya Korea Selatan bagaimana. Sebagai pemain, kita harus ikut apa yang diterapkan dan itu satu perkara positif bagi kami.”

Advertisements

“Situasi sekarang ini adalah masalah Covid-19, jadi dia agak tegas dengan perkara itu dan saya rasa munasabah juga kerana apabila seorang kena, akan jadi masalah kepada yang lain. Dalam padang memang dia tegas, tapi luar padang dia OK,” katanya kepada Harian Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram