Dunia

FC Midtjylland Layak Ke Pusingan 16 Terakhir UEL

jpg 20221104 130043 0000 FC Midtjylland Layak Ke Pusingan 16 Terakhir UEL
FC Midtjylland
Advertisements

FC Midtjylland mencipta kejutan apabila telah mengesahkan tempat di Pusingan 16 Terakhir dalam saingan UEFA Europe League.

FC Midtjylland berjaya memenangi perlawanan terakhir menentang Sk Stum Graz dengan keputusan 2-0.

Bagi perlawanan peringkat kumpulan, FC Midtjylland mencatatkan dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan. Ia sekaligus bekas kelab Dion Cools ini berada di tangga kedua di belakang Feyenoord.

Yang menariknya, pasukan yang beraksi di Group F kali ini mencatatkan mata yang sama iaitu 8. Dua pasukan yang layak hanya membezakan jumlah jaringan gol selepas di kira dengan jumlah bolos.

Perlawanan peringkat seterusnya dijadualkan pada tahun hadapan kerana undian masih belum dibuat lagi.