Feichtenbeiner Gusar Pertahanan Selangor FC Goyah
Dunia
selangorfc
Advertisements

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner akui gusar akan prestasi benteng pertahanan pasukannya ketika ini. Namun, beliau memuji sikap pemain yang sentiasa komited untuk membentuk persefahaman yang tinggi dikalangan pemain.

Jurulatih kelahiran Jerman ini berpendapat pasukannya akan lebih memfokuskan barisan pertahanan untuk membentuk pertahanan yang kuat dan stabil.

Tambah Feichtenbeiner, beliau memuji prestasi barisan penyerang pasukannya kerana sudah memiliki sedikit ketajaman untuk menjaringkan gol.

Advertisements

“Saya gembira dengan komitmen pemain kerana mereka sedang membina persefahaman sekarang. Tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Kami akan memberi tumpuan kepada bidang pertahanan tertentu untuk menjadi lebih stabil dan kuat.

“Dari segi menyerang pula, saya percaya kami mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menjaringkan gol seperti yang kami lakukan dalam kebanyakan perlawanan persahabatan.

Advertisements

“Walaupun begitu, saya percaya kami mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menjaringkan gol,” Kata Feichtenbeiner di laman sosial Instagram Selangor FC.

Selangor FC bakal memulakan kempen Liga Super bertemu Juara Piala Malaysia 2021 iaitu KL City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram