Dunia
Advertisements

Skuad The Fighters, Felda United telah sah menandatangani pemain skuad kebangsaan Gabon yang juga merupakan rakan sepasukan kepada bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang iaitu Frederic Bulot bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2020.

Pemain yang berusia 30 tahun itu telah melengkapkan kuota pemain import Felda United musim ini sekaligus bakal memperkuatkan jentera tengah berganding dengan pemain dari Jepun, Ryutaro Megumi.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh pengendali skuad itu, Nidzam Jamil yang menyifatkan pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas pemain AS Monaco itu mampu membantu Felda United memberikan tentangan sengit dalam saingan Liga Super 2020.

Advertisements

“Dia main dengan skuad kebangsaan Gabon ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Morocco bulan Oktober lepas dan membantu mereka menang 3-2. Bulot boleh bermain sebagai no 10 atau pemain tengah,” katanya.

Difahamkan Bulot sebelum ini pernah menyertai ujian pemilihan bersama beberapa pasukan Liga Malaysia namun masih gagal memikat pengurusan pasukan tersebut.

FredericBulot Felda United Sah Dapatkan Rakan Sepasukan Aubameyang
Frederic Bulot pernah beraksi bersama Charlton Athletic

“Saya tahu dia telah menjalani “trials” dengan beberapa pasukan tetapi apabila saya lihat latar belakangnya, ianya sangat menarik. Dia telah bermain dengan beberapa kelab Eropah seperti Charlton Athletic dan kelab Ligue 1 Perancis seperti Reims, Monaco dan Caen.

Advertisements

“Kali pertama lihat dia menjalani latihan, saya cukup kagum dengan tekniknya. Berikan masa, dia akan sesuaikan diri dengan pasukan. Dia juga sangat merendah diri, ini bagus untuk membentuk keserasian bersama rakan sepasukan,” jelasnya.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi musim baharu, Nidzam anggap skuad kali ini mempunyai purata umur lebih muda berbanding daripada musim sebelumnya selepas pemergian Hadin Azman, Christie Jayaseelan dan S. Chanturu.

“Musim lepas, semua pemain import kami berusia lebih 30 tahun. Sekarang, kami mempunyai Megumi, Bulot dan Velez yang berusia bawah 30 tahun. Kami juga mempunyai pemain muda tempatan yang berpengalaman beraksi dalam Liga Super dan Liga Premier.

Advertisements

“Skuad kali ini lebih seimbang. Saya mahu pemain tunjukkan aksi sebenar mereka dalam Liga Super. Bila pasukan lawan berdepan kami, mereka perlu tahu ianya susah untuk menewaskan kami,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram