Felda United Sahkan Jasazrin Kapten Pasukan

January 13, 2020

Bekas pemain kebangsaan, Jasazrin Jamaluddin dipilih sebagai kapten FELDA United bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2020 ini.

Perkara ini disahkan oleh pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil yang mengulas pengalaman luas yang dimiliki pemain tengah itu termasuk menjadi penolong kapten musim lalu melayakkan Jasazrin mengetuai kelab itu.  

“Saya percaya Jasazrin mampu memikul amanah yang diberikan terutama membimbing pemain muda untuk tampil dengan lebih yakin sebaik liga bermula nanti.

“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar sepanjang latihan dan sudah pasti ia memberi manfaat kepada pasukan untuk mempamer prestasi lebih mantap,” katanya.  

Mohd Nidzam yakin dengan keupayaan Jasazrin mengetuai pasukan Felda United

Mohd Nidzam juga mengesahkan Khairul Amril Kamal yang juga penyerang import dari Singapura dilantik sebagai penolong kapten The Fighters.  

Katanya, dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain senior itu diharap menjadi contoh kepada barisan pemain muda untuk membantu memperkasakan pasukan.  

“Saya harap segalanya perancangan berjalan lancar dan semua pemain dapat membentuk persefahaman sebaik liga bermula nanti,” tambahnya lagi.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
39 views

By Naim Rahim
@naimbola90

Terbaru